Hari ini hati ini masih tidak tenteram. Aku tak punya tempat lain untuk meluahkan perasaan ini kecuali di sini. Dan aku tidak fikir aku boleh meluahkannya kepada sesiapa. Aku pun tak fikir sesiapa perlu tahu apa yang ada dalam hati ini. Mungkin aku keliru antara yang haq dan yang batil. Dan aku juga mungkin keliru tatkala aku meminta kepada Tuhan yang aku fikirkan benar yang mungkin menjadi batil di kala ini.
Dah banyak kali aku berzikir untuk mendamaikan hati ini, namum hati terus merusuh. Entah berapa kali aku telah berdoa untuk menenangkan hati ini. Syaitan terus bermain di hati dan di perasaan ini. Andai aku boleh putar semula masa, mungkin aku akan berikan diri ini kesempatan sekali lagi untuk meluahkannya. Adakala kita meminta namun tidak dikurniakan Tuhan dan adakala kurniaan datang tanpa permintaan. Aku percaya yang Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak.
Tatkala ini, hati ini terlalu rapuh yang mungkin rebah menyembah bumi kalau tidak kena keadaan. Aku cuba meyakinkan hati ini bahawa apa yang terjadi adalah terbaik dari Tuhan.
Ya Allah. Pegang hati ini kuat-kuat sebagaiman Engkau pegang hati ibu Nabi Musa a.s. ketika bertemu semua dengan anaknya.
No comments:
Post a Comment