Wednesday, August 10, 2005

Poems

Here are among some of the poems that I like. Been there in My Document for too long. Might as well.

Ku lari ke hutan
Kemudian teriakku
Ku lari ke pantai
Kemudian menyanyiku,
Sepi…sepi dan sendiri aku benci
Aku mau bingar…aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri



Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Aih…ada malaikat menyulam
Jarring laba-laba belang di tembok
Keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke pantai
Belok ke hutan

-Ada Apa Dengan Cinta



Kalau aku menjadi seekor burung.,
Akan kuhebahkan warga alam sekalian,
Bahawa Allah itu benar,
Yakinlah.

Kalau aku menjadi dedaun kering,
Akan kurebah sembahkan diriku ke bumi,
Takut akan seksa Ilahi,
Kerana aku percaya bahawa Hari Akhirat itu benar,
Bertaqwalah.

Kiranya aku menjadi cecacing tanah jengkingan lembah,
Akan kubisikkan kepada warga alam di bawah sana,
Bahawa seksa kubur itu benar,
Gentarlah.

Andainya aku menjadi sungai yang mengalir lesu,
Akan kualirkan nafasku dari banjaran ke banjaran,
Dari lembah ke lurah,
Dari hulu ke hilir,
Dari tanjung ke semenanjung,
Memberitahu para enau dan banir,
Yang syurga itu benar,
Pohonlah.

Jika aku ditakdirkan menjadi
api yang membakar keringan ranting,
Akan kuseru diriku bahawa apalah sangat aku ini,
Nun jahanam itu lebih hebat,
Sesungguhnya aku yakin,
Dan benar benar yakin bahawa neraka itu benar,
Aku insaf.

Namun,
Aku bukan burung,
Aku bukan daunan kering,
Aku bukan api,
Aku bukan sungai yang lesu mengalir,
Aku juga bukan cecacing tanah.
Aku kira aku lebih hina dan daif dari itu,
Aku hanya manusia yang penuh beban dosa timbunan noda,

Aku turut gentar,
Aku penuh yakin,
Aku juga bertaqwa,
Aku selalu insaf dan
Aku sentiasa memohon kepada Ilahi agar
kolek hidupku ini didayungkan ke destinasi yang akhirnya pasti.

-Hisham


Aku cari bukan harta bertimbun timbun
Untuk Hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari
Mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

No comments:

Post a Comment